Cute Blinking Unicorn
Welcome to Unicorn Squad's Blog! Enjoy your reading. Thank you ;)

Kerjaya

Sun 2

Tokoh Kerjaya

TOKOH KERJAYA

Setiap orang mempunyai cita-cita yang terpendam sejak zaman di bangku sekolah lagi. Begitu juga dengan Noor Hafizah Binti Mohd Idrus yang merupakan salah seorang juruterbang Air Asia.



 Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus 


Nama Penuh : Noor Hafizah Binti Mohd Idrus

Nama Samaran : Fizzy Idrus

Umur : 33 Tahun 

Tarikh Lahir : 21 September 1984

Asal : Taiping, Perak

Instagram : http://instagram.com/fizzyidrus

Pendidikan : Sek Keb Taiping, Sek Keb Tun Razak, Kolej Tunku Kursiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia, Akademi Penerbangan Malaysia Batu Berendam, Melaka.

Bidang : Ijazah Multimedia (UKM)

Bermula Kareer Juruterbang : Berhenti belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.

Jawatan Terkini : Senior First Officer (Kapten) AirAsia X



Sejak kecil, Noor Hafizah sudah memasang impian untuk membawa pesawat di awan biru dan bersyukur kepada Allah s.w.t yang mengabulkan doanya selama ini. Kini beliau berkhidmat untuk Air Asia X sejak Oktober 2010. Ketika hendak menghantar borang permohonan itu pula, keluarga membantah kerana bimbang apa yang dikejar tidak dapat tetapi selepas dia mendapat tawaran, mereka berubah dan kini menjadi pendorong utamanya.

Keluarga beliau dengan rela hati menghantar beliau untuk mengikuti kursus latihan di Akademi Penerbangan Malaysia, Batu Berendam, Melaka selama setahun setengah. Beliau masih ingat pesan ibu dan ayah sebelum mereka berangkat pulang iaitu supaya tekun belajar serta jangan hampakan mereka.


Penerbangan pertama Noor Hafizah bersama syarikat ini ialah pada pertengahan 2006 ke Kuching, Sarawak iaitu selama satu jam 45 minit. Ketika itu perasaan seronok dan gementar bercampur baur kerana gembira impian sejak kecil menjadi kenyataan. Syukur, berkat persediaan yang sebaiknya, penerbangan itu berjalan lancar dan beliau mampu melepasinya dengan baik.


Jadual kerja sebagai juruterbang memang tidak menentu tetapi para juruterbang hanya dibenarkan bekerja 100 jam saja dalam tempoh 28 hari. Jika terbabit dalam penerbangan di awal pagi, beliau biasanya selesai kerja dan pulang ke rumah sekitar jam 3 atau 4 petang. Untuk sesuatu penerbangan, para juruterbang biasanya perlu melaporkan kehadiran sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu berlepas.








No comments:

Feel free to play this game!

SCIENCE IS A WAY OF THINKING